Sabtu, 18 Jun 2011 0 ulasan By: norafiza awang

Pesanan Rasulullah SAW terhadap WANITA

  1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteir)solehah.(Riwayat Muslim)
  2. Mana-mana perempuan yg memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi,agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina.(Riwayat Ahmad ,Thabrani dan Hakim)
  3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara:kerana harta,kerana keturunannya,kerana kecantikkannya dan kerana agamanya,maka carilah yg kuat beragama nescaya kamu beruntung
  4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu,puasa sebulan Ramadhan,memelihara kehormatan serta taat pada suami,maka masuklah mana-mana pintu syurga yg ia kehendaki
  5. Perempuan yg melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bkan utk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,tiada nur baginya._Riwayat Tarmizi)
  6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya,tidak diterima sembahyangnya,sehionnga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya(meminta maaf)
  7. Wanita yg taat pada suami,semua burung-burungdi udara,ikan di air,malaikat di langit,matahari dan bulansemuanya beristigfar baginya selama ia masih taa pada suaminya dan diredhainya(serta menjaga sembahyang dan puasanya)
  8. Daripada Muaz bin Jabal bersabda Rasulullah SAW:Mana-mana wanita yg berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga maka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
  9. Tiap-tiap wanita yg menolong suaminya di dalam urusan agama,maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun)kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk utk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.
  10. Ya Fatimah,jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya,diberi minum Allah akan dia sungai syurga,diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan  Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian siratul-mustaqim
  11. Mana-mana wanita yg berkata kpd suaminya"tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun".Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun,walaupun ia b'puasa siang hari dan beribadah pada malamnya.